
Surat ADAM:
Perdana Menteri,
Saya seorang murid sekolah SJK(C) Chung Hwa (P) Kuala Lumpur dari kelas 4K. Saya menulis surat ini untuk memberitahu beberapa perkara yang saya berikan perhatian.
Pertama, tentang kebersihan bandar tempat saya tinggal. Bandar Melawati amat kotor. Pendududuk terutamanya peniaga suka membuang sampah merata-rata. mereka mementingkan diri sendiri sahaja. Pihak berkuasa juga tidak menahan mereka. Bandar saya menjadi busuk dan bertukar menjadi sarang tikus.
Kedua, pemandu kenderaan juga suka membuang sampah merata-rata. Mereka juga suka meludah. Mereka juga menyebabkan kesesakkan lalu lintas bila mereka meletakkan kereta sesuka hati.
Ketiga, ramai kawan-kawan saya tidak menghormati binatang. Ikan di dalam kolam di sekolah saya selalu dibaling dengan batu. Banyak ikan telah mati. Saya tidak suka sikap tidak menghormati binatang.
Saya sayangkan Malaysia. Saya tak mahu negara saya menjadi busuk, tidak teratur dan tiada ikan.
Satu Malaysia mesti bersih, mengikut peraturan, mematuhi undang-undang dan baik terhadap binatang.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
ADAM BIN BADRUDDIN SYAH
------------------
Surat ADELEA:
XXKepada Perdana Menteri,
Saya Adelea dari SJK(C) Chung Hwa (P) Kuala Lumpur. Saya di dalam kelas 2M.
Pertama, saya selalu nampak poster-poster di jalan raya. Poster itu ada banyak nombor telefon, cerita tentang tuisyen, ubat dan rumah untuk dijual. Saya tak suka poster ditampal merata-rata tempat. Poster-poster itu membuat bandar saya tidak cantik.
Kedua, banyak juga conteng berlaku di dinding-dinding bangunan. Lukisan mereka tidak cantik. Bapa saya cakap, mereka conteng di dinding yang bukan mereka punya. Bandar saya menjadi buruk.
Saya mahu Malaysia menjadi lebih baik dan bersih. Sekian, terima kasih.
Yang benar,
ADELEA BINTI BADRUDDIN SYAH